Wednesday, December 12, 2012

Jiwa Tanpa Nyawa.

Mana hilang jiwa perkasa?
Jiwa tidak tercuit akan rasa,
Rasa-rasa bodoh yang menghimpit jiwa.

Berlari-lari aku ke mega
jauh di atas langit sana,
Penat nian lelah menyapa.

Kucapai satu jiwa,
Ah, sayang sekali kurasa,
Tetap jua jiwa tanpa nyawa.

Kecewa berasak-asak di dada.

Sunday, December 2, 2012

Tidak Ada Bila-Bila.


Aku benci saat ini.
Bila celik mata
nampak kau di mana-mana.
Mahu saja aku jadi buta.

Aku benci saat ini.
Bila aku hela nafas, sentiasa
bau kau larut dalam udara.
Sesak aku rasa.

Biarlah rasa bermukim di dada.
Satu hari nanti akan terungkai juga.
Yang pasti bukan hari ini. Mungkin sahaja
esok atau lusa atau tidak mungkin ada bila-bila.

Saturday, December 1, 2012

Bodoh Sombong.

Nak saja aku tetak hidung kau biar rompong


Atau


Tebas sahaja mulut kau biar diam tidak terpekik terlolong


Atau


Campak dalam lombong jadi bangkai buat anjing gonggong



Dan ini khas untuk manusia bodoh sombong.

Sunday, November 25, 2012

First Aid Kit?


Jangan ralit

hingga lupa dunia ketawa berdekit-dekit.

Nanti sakit perit.

Tersiat kulit

bagai terkena mata kerambit.

Sakit berdecit

bagai tikus mati tersepit.

Ah, sakit!

Mengalir darah melekit-lekit.

Tercalit sana sini serba sedikit.

Habis semua berjangkit.

Terpalit.

Tuesday, November 20, 2012

Mati Akal.


Mereka kata,
Dengan mudah aku bangkit
sambil ketawa gembira.
Bangkit daripada jatuhan
yang menyembah bumi gersang.
Mereka kata lagi,
Mudahnya aku bangun semula
tanpa tangisan mahupun luka cela.
Habis, takkan nak patahkan saja semua rasa gembira?
Lalu meratap hiba?
Macam itukah, saudara?
Buntu aku rasa.
Mati kutu.
Mati akal.

Friday, November 16, 2012

Mana Haba?


Saat itu
Berseorangan aku berpeluk tubuh dalam renyai hujan
Terperangkap dalam kelembapan dunia
Aku sejuk ketar
Rakusnya dingin dunia menerobos setiap inci tubuhku
Terasa-rasa tempiasnya
Hingga ke pangkal hati yang cecahnya ke dasar
Mana Haba?
Untuk kusalurkan ke dasar hati
Yang kian sejuk beku ini
Yang kosong tiada berperasaan ini
Mana Haba?
Mana?
Aku perlu dia.

Saturday, November 10, 2012

Obsesi Pada Suri Hati.


Lembut bersinarnya bulu hitammu
Inginku belai tanpa rasa jemu

Tapak tanganmu yang lembut seperti baldu
Inginku usap supaya lepas semua rindu yang terbuku

Dengan bersih dan rapinya kukumu
Relaku cakari diri ini biar dapat kunikmati sakit itu

Tajamnya anak matamu
Bagai memanggil penuh asyik dan syahdu

Hidungmu yang lembab apabila disentuh hujung jariku
Terasa basahnya hingga ke hujung pangkal hatiku

Kalau bisa aku dapatkan mulut comel itu
Akan setia menjadi tempat persinggahan bibirku ini selalu

Ekor panjangmu yang meliang-liuk bagai mengikut angin berlagu
Bisa buat aku menari ikut rentak geraknya tanpa ragu

Suaramu yang halus itu
Akan kudengar tanpa jemu biar menjadi halwa telingaku

Getaranmu yang penuh nafsu itu
Acap kali membangkitkan suatu rasa dalam hatiku

Aku terlalu mendambakanmu
Tak tertahan obsesiku kepadamu

Ah persetankan alergik itu
Aku ingin kamu

Wahai Si Kucing Hitam suri hatiku.

Si Perempuan Emosi

Maafkan aku
Aku si perempuan emosi itu
Hanya tahu bikin tohmahan melulu
Tanpa berfikir akan rasionalnya dahulu

Maafkan aku
Aku si perempuan emosi itu
Mencampak emosi sesuka aku
Tanpa mengetahui kau akan terluka kaku

Maafkan aku
Aku si perempuan emosi itu
Hanya berfikir ikut logik akalku
Tanpa mendengar daripada pihakmu

"Apa mungkin sudah timbul benih-benih kebencian dalam hatimu?"
Ah, lihat disitu
Aku masih si perempuan emosi itu
Dan perlahan-lahan ia membunuhku

Emosi, 
Sila pergi mati.

Wednesday, November 7, 2012

Creeptonia :)


Di daerah asing ini
terdampar aku keseorangan.
Udara kering tanpa jirim.
Tiada zarah halus yang diskrit.
Juga tiada cahaya suria
menembusi awan-awan gelap di angkasa raya.
Bagaimana bisa aku hidup di daerah hambar
tanpa atom, molekul dan ion
yang biasanya memenuhi ruang udara?
Sedang aku terpinga-pinga bagai rusa masuk kota
tiba-tiba
Tuhan bersuara dari atas sana,
“Aku akan turunkan mereka!”
“Dan terangi daerah ini dengan cahaya”
“Juga udara diwarnai tawa gembira penuh bahagia”
“Biar lengkap secukup rasa”
“Aku namakan dunia ini Creeptonia!”
“Dan mereka semua itu umpama keluarga”
“Moga tiada lagi rasa kosong di dada.”
Ya Tuhan
Terima kasih atas kurniaanMu
yang indah tak terhingga
Aku gembira tidak terungkap oleh kata.
Anda tahu anda siapa.

Monday, October 15, 2012

Syurga Duniawi Itu


Syurga duniawi itu bagi aku
Pabila aku terkena hembusan angin malam
Bermeter-meter jaraknya dari atas kerak bumi
Diwarnai langit hitam pekat
Serta cahaya bintang terang
Ditemani kerlipan lampu neon kotaraya
Dan manusia
Peneman untuk cerita sandiwara suka duka melankolik
Juga kepulan asap nikotin pekat berat
Penuh rencah dan perasa

Aku rasa lengkap
Aku rasa penuh
Aku rasa manis

Tuesday, October 9, 2012

Belum Jumpa Tajuk (Untuk Leha heyyy~)


Aku gadis oportunis
Perembat segala peluang yang terjangkau dek mata
Pengeksploitasi keadaan
Ia mengalir di dalam setiap salur kapilari darah di dalam tubuhku
Tidak kutoleh ke belakang
Hanya menderap langkah ke hadapan
Bukan tamak haloba
Bongkak mendabik dada
Cuma kurasa
Aku bisa melakukannya
Persetankan mulut-mulut  neraka
Yang hanya tahu berkata-kata
Mereka tidak pernah mencuba
Hanya tahu menjatuh hukum sahaja
Bagaikan mereka itu pemilik dunia
Ya aku tahu
Hidup bukan hanya berputar di sekelilingku sahaja
Tapi mereka itu yang buta hati dan minda
Terlingkup di zon selesa dan gelap gelita
Bukankah hidupnya kita ini untuk meneroka
Setiap peluang yang ada
Mencuba mencari rasional dalam setiap perkara
Bukan disempadani minda sempit beralaskan konkrit sahaja
Teropong sisi abstraknya hingga ke sekecil-kecil zarah sekalipun
Semua dalam genggaman kita
Tuhan cipta semua punya sebabnya
Terokalah ciptaanNya dengan penuh bangga dan gembira
Dogma dan pegangan Islam jangan dilupa
Dengan izin Dia
Di titian Siratulmustakim kita berada.

Thursday, September 27, 2012

Pergelutan.

Acap kali aku tergelincir daripada landasan hidup
Masih bergelut dengan antara kemahuan dan keperluan
Masih belajar tentang kematangan dalam tindakan
Mencari keselarasan
Aku akui aku tewas kadang-kadang
Aku lupa yang hidup ini
Bukan tentang benda yang konkrit sahaja
Tapi juga perlu suatu pengertian halus
Yang tidak bisa tercapai oleh pancaindera
Ya aku mesti cuba
Selami sedalam-dalamnya
Untuk hidup di pentas dunia
Bangkit dengan gagah perkasanya
Dan pengalaman itu kompasnya






Thursday, September 20, 2012

Takut.

Aku takut
Semua yang indah akan sirna
Aku takut
Kerana aku baru sahaja rasa kembali bernyawa
Tuhan
Bantu aku
Alahkan aku pada hati dan wajah yang bermuram durja
Biar aku terang seterang sinar suria
Tanpa redup awan duka dan gelita

Friday, September 14, 2012

Hujan-Pelangi-Gembira?

Sekarang aku tahu.
Langit itu tak selalunya cerah.
Hujan pasti turun.
Rintik-rintik atau lebat,
Bersama guruh atau kilat.
Sebab itu kata orang,
Sediakan payung sebelum hujan.
Kemudian kau tunggu dan lihat,
Akan terpancar 7 lapis warna indah.
Disebalik kebiruan langit,
Disebalik putihnya kepulan awan.
Ah, bagaikan gula-gula kapas!
Itulah pelangi.
Yang memuntahkan warna-warna ceria.
Lalu bumi terang kembali.
Seterang hati yang tadinya gundah gulana.
Syukur Tuhan.
Aku rasa gembira.
Tak terkira.

Sunday, September 9, 2012

:)

Satu ketika dahulu,
Aku ikat perjanjian dengan hati,
Konon nak tunggu sampai mati.
Tapi sekarang,
Aku rasa tak ada harapan lagi.
Putus asa.
Aku mungkir janji.
Dengan diri aku sendiri.
Mungkin aku ikut hati,
Tapi sakit tak terperi,
Bagai kaca terhempas ke kaki.
Menangis aku sendiri.
Berhari-hari.
Cepat sangat semua pergi.
Aku hilang seri,
Tunggu satu hari nanti,
Aku kembali.
Sudah kebal dan lali.
Dan ingin aku katakan disini,
Aku coret semua ini dengan tangisan tanpa henti.
Biar semua tahu sakitnya hatiku ini.



Tuesday, September 4, 2012

Eh?

Tiada madah berbunga.
Tiada imejan indah.
Aku bahagia.
Bahagia.
Macam Najwa Latif.
Eh?



Friday, August 31, 2012

Merdeka.

Kau pasti kau tahu apa itu merdeka?
Bukan sekadar konvoi bawak bendera sahaja.
Bakar bunga api sini sana.
Ia dari hati kita.
Ingat pada perjuangan orang-orang lama.
Merdeka jiwa dan raga.
Merdeka semua.
Buat anak-anak pasca merdeka,
Merdeka!

Tertanya-tanya.

Apa benda buat kau bahagia?
Dia kata peluang kedua.
Aku pula kebahagiaan sahabat handai serta keluarga.

Apa benda kau takutkan?
Dia kata perpisahan.
Aku pula mati dan Tuhan.

Cuba kau selami,
Hati setiap insani.
Ada berani?

Kita tak pernah tahu,
Perkara bermakna bagi Si Abu,
Apa dalam hati Kak Lulu.

Bukan apa abang kakak,
Aku cuma terfikir sejenak,
Banyak kah hati yang bengkak?

Hmm, kisah hidup kita tak sama.
Kau bahagia.
Dia sengsara.

Jadi, bagaimana?
Nak buat apa?
Tertanya-tanya.

p/s: Buat kak Gda Majidah (http://gdamajidah.blogspot.com/). XoXo :)

Thursday, August 30, 2012

Khayal.



Aku khayal.
Ampunkan aku, akal.
Aku bebal.
Sial.

Maaf, aku kalah.
Mudah menyerah.
Dengan nafsu yang ghairah.
Hmm, sudah lumrah.

"Tepis sahaja sudah!",
Kata Dia-Yang-Tidak-Boleh-Dinamakan.
Lalu kataku tidak mahu mengalah,
"Aku bukan Power Rangers! Bukan!".







Tuesday, August 28, 2012

Bukan Orang Seni.

Mentah.
Jauh sekali dari puitis.

Hanya ikut kata hati,
Percaya naluri sendiri,
Bait tersusun jemari menari,
Contengan tercoret,
Senang hati.

Senyum puas.
Hati besar.
Aku bukan karyawan masyhur.
Hanya gadis yang masih mencari,
Ruang untuk ekspresikan rasa dari lubuk hati.

Dengan rasa rendah diri,
Aku bukan orang seni.




Monday, August 27, 2012

Cermin.

Di hadapan cermin retak itu,
Ada refleksi kaku,
Seorang perempuan keliru.
Tanya perempuan itu,
"Imej retak seribu itu aku?"
Disentuh bayangan itu dengan jari telunjuk,
Ouch! 
Berdarah jari itu,
Lalu dibawa ke celahan bibirnya,
Dihisap darah pekat merah,

Menangis.
Disentuhnya lagi cermin retak itu,
Berdarah lagi,
Ketawa.
Kebal.

A Wake-Up Call

You who’s shadowed by obscurity and despair,
Look with your hallowed soul!
Those folks,
They had been walking so long,
With pathetic lust.
Until dark sky rings a bell,
Reminiscing those days,
No more stepping out of the door,
Into the dazzling moonlight,
All that’s left is bizarrely bitter air,
With eerie gloominess and misery,
Hail!
Demented creatures rise,
Slaying here and there.
The sense of bloody air,
Occupying the cosmos.
Oh, a wake-up call.

Mimpi.

Biar kita kelam, 
Tanpa warna-warni fantasi,
Senyap sunyi bersendiri,
Tanpa perlu bermimpi,
Tanpa perlu didustai lagi.

Friday, June 22, 2012

Siapa Diriku?


Siapa Diriku?
Duduk kebingungan,
Mata meliar ke kiri dan kanan,
Cuba mencari jawapan,
Mencari kepastian,
Guna hati dan akal fikiran,
Ah, terbeban dengan persoalan,
Siapa diriku?
Tanya Si Polan.

Lalu teringat,
Kisah kewujudan Adam,
Oh, ya!
Si Adam terbaring disitu,
Yang ada hanya sekujur Jasad yang kaku,
Dan melalui hidung Roh itu lalu,
Memberi nyawa kepada ciptaan Tuhan itu.

Jelaslah Jasad itu,
Hanya terjangkau di mata kasar,
Namun Roh itu,
Adalah cahaya yang menerangi,
Segenap ruang kosong didalam Jasad.

Ramai mencari-cari,
Cuba mengenal diri sendiri,
Pernahkah kau cuba?
Membuka hatimu,
Memahami cahaya suci,
Di dalam Jasad engkau itu?
Tidak!
Kau rela memperjudikan Jasad engkau,
Mencelakan Roh engkau,
Dengan perihal dunia yang lagha.
Bukan itu caranya,
Mengenal diri yang sebenarnya.

Cubalah!
Lindungi cahaya hatimu yang khalis,
Jaga jiwamu dan Jasadmu dari cela dunia,
Sempurna dalaman manusia itu,
Maka sempurnalah luarannya juga,
Dan seterusnya,
Sempurnalah juga taqwa,
Kepada Maha Pencipta.

#notetoself
p/s: Apa yang aku tulis ni apa yang aku rasa pasal aku, untuk diri aku, dan untuk semua. Ya, memang aku tidak sebaik mana. Tapi, aku cuba. Terserah kepada engkau untuk berkata apa. Kalau suka, baca. Kalau tak suka, pandanglah sepi sahaja. Tidak mengapa. :D



Thursday, June 21, 2012

Kerana Aku Manusia


Kerana Aku Manusia
Celik mata lihat dunia,
Kau tepuk dada,
Tanyalah selera.
Jangan kau lupa,
Kau berada di bumi yang nyata,
Bumi yang hanya pinjaman sahaja,
Tuhan itu pemilik mutlaknya.
Kenapa mesti kau persoalkan juga?
Kau lupa?
Kau lupa terjadinya kau dari apa?
Oleh siapa?
Dia yang Maha Berkuasa!
Cuba kau kira,
Berapa kerat sahaja yang mempunyai jiwa?
Jiwa yang berani mendengar kata hakiki.
Cuba kau kira pula,
Jiwa yang mendambakan pujian,
Ketakterhinggaan!
Lalu kata kau semua,
Ah, kau juga sama seperti yang kau carutkan di atas!
Ya, aku juga sama,
Sama seperti kau semua,
Kerana aku juga manusia,
Selemah-lemah manusia,
Bukan aku nak mendabik dada,
Mencari nama,
Kerana aku manusia,
Aku bersuara juga,
Ibarat jam loceng,
Untuk diri sendiri dan semua,
Ya, kerana aku manusia.

Wednesday, June 20, 2012

Si Badut itu.....



Si Badut

Lihatlah dunia!
 Si Polan yang bertopengkan Badut.
Dicari ketika duka, dibuang ketika suka.
Itulah lumrah manusia bertopengkan badut.
Asalkan org lain gembira, hati kita duka tak mengapa.

Namun, lupakah mereka?
Si Badut juga manusia.
Punya jiwa dan raga.
Tapi hatinya, siapa yang jaga?

Tiada. Tiada!

Kata mereka,
Si Badut itu ceria sahaja!
Eh? Hanya tahu melempar kata!
Pernahkah mereka menyusuri.
Denai gelap di segenap hatinya?

Ah!
Tidakkah juga mereka tahu rasionalnya?
Bahawa senyuman di bibir bisa dipalsukan sahaja,
Tetapi hati didalam,
Bagaikan bernanah berbisa.

Oh, lihat!
Si Badut itu berduka,
lihatlah ke dalam matanya,
sisa air mata yang tidak habis diseka,
masih terlihat dibibir mata.

Namun,
Si Badut meneruskan jua,
tugasnya sebagai penghibur duka,
dengan sisa air mata lara,
cuba melupakan luluh hatinya.

 Lalu,
Pulang Si Badut duduk bersendiri,
cuba memujuk hatinya sendiri,
bahawa akan ada yg memahami,
menyelami sudut gelap sunyi dirinya ini,

Si badut lalu berkata,
Suatu hari nanti, PASTI!
Akan ada yang memahami,
segenap ruang kosong hiba hati ini.