Friday, June 22, 2012

Siapa Diriku?


Siapa Diriku?
Duduk kebingungan,
Mata meliar ke kiri dan kanan,
Cuba mencari jawapan,
Mencari kepastian,
Guna hati dan akal fikiran,
Ah, terbeban dengan persoalan,
Siapa diriku?
Tanya Si Polan.

Lalu teringat,
Kisah kewujudan Adam,
Oh, ya!
Si Adam terbaring disitu,
Yang ada hanya sekujur Jasad yang kaku,
Dan melalui hidung Roh itu lalu,
Memberi nyawa kepada ciptaan Tuhan itu.

Jelaslah Jasad itu,
Hanya terjangkau di mata kasar,
Namun Roh itu,
Adalah cahaya yang menerangi,
Segenap ruang kosong didalam Jasad.

Ramai mencari-cari,
Cuba mengenal diri sendiri,
Pernahkah kau cuba?
Membuka hatimu,
Memahami cahaya suci,
Di dalam Jasad engkau itu?
Tidak!
Kau rela memperjudikan Jasad engkau,
Mencelakan Roh engkau,
Dengan perihal dunia yang lagha.
Bukan itu caranya,
Mengenal diri yang sebenarnya.

Cubalah!
Lindungi cahaya hatimu yang khalis,
Jaga jiwamu dan Jasadmu dari cela dunia,
Sempurna dalaman manusia itu,
Maka sempurnalah luarannya juga,
Dan seterusnya,
Sempurnalah juga taqwa,
Kepada Maha Pencipta.

#notetoself
p/s: Apa yang aku tulis ni apa yang aku rasa pasal aku, untuk diri aku, dan untuk semua. Ya, memang aku tidak sebaik mana. Tapi, aku cuba. Terserah kepada engkau untuk berkata apa. Kalau suka, baca. Kalau tak suka, pandanglah sepi sahaja. Tidak mengapa. :D



Thursday, June 21, 2012

Kerana Aku Manusia


Kerana Aku Manusia
Celik mata lihat dunia,
Kau tepuk dada,
Tanyalah selera.
Jangan kau lupa,
Kau berada di bumi yang nyata,
Bumi yang hanya pinjaman sahaja,
Tuhan itu pemilik mutlaknya.
Kenapa mesti kau persoalkan juga?
Kau lupa?
Kau lupa terjadinya kau dari apa?
Oleh siapa?
Dia yang Maha Berkuasa!
Cuba kau kira,
Berapa kerat sahaja yang mempunyai jiwa?
Jiwa yang berani mendengar kata hakiki.
Cuba kau kira pula,
Jiwa yang mendambakan pujian,
Ketakterhinggaan!
Lalu kata kau semua,
Ah, kau juga sama seperti yang kau carutkan di atas!
Ya, aku juga sama,
Sama seperti kau semua,
Kerana aku juga manusia,
Selemah-lemah manusia,
Bukan aku nak mendabik dada,
Mencari nama,
Kerana aku manusia,
Aku bersuara juga,
Ibarat jam loceng,
Untuk diri sendiri dan semua,
Ya, kerana aku manusia.

Wednesday, June 20, 2012

Si Badut itu.....



Si Badut

Lihatlah dunia!
 Si Polan yang bertopengkan Badut.
Dicari ketika duka, dibuang ketika suka.
Itulah lumrah manusia bertopengkan badut.
Asalkan org lain gembira, hati kita duka tak mengapa.

Namun, lupakah mereka?
Si Badut juga manusia.
Punya jiwa dan raga.
Tapi hatinya, siapa yang jaga?

Tiada. Tiada!

Kata mereka,
Si Badut itu ceria sahaja!
Eh? Hanya tahu melempar kata!
Pernahkah mereka menyusuri.
Denai gelap di segenap hatinya?

Ah!
Tidakkah juga mereka tahu rasionalnya?
Bahawa senyuman di bibir bisa dipalsukan sahaja,
Tetapi hati didalam,
Bagaikan bernanah berbisa.

Oh, lihat!
Si Badut itu berduka,
lihatlah ke dalam matanya,
sisa air mata yang tidak habis diseka,
masih terlihat dibibir mata.

Namun,
Si Badut meneruskan jua,
tugasnya sebagai penghibur duka,
dengan sisa air mata lara,
cuba melupakan luluh hatinya.

 Lalu,
Pulang Si Badut duduk bersendiri,
cuba memujuk hatinya sendiri,
bahawa akan ada yg memahami,
menyelami sudut gelap sunyi dirinya ini,

Si badut lalu berkata,
Suatu hari nanti, PASTI!
Akan ada yang memahami,
segenap ruang kosong hiba hati ini.