Wednesday, March 13, 2013

Payah Nak Faham Cerita Ini.

Minda meliar dan menjalar 
ke lubuk paling dalam
Membuahkan manik-manik air halus
yang tiada sedikitpun rasa masin
tapi penuh rasa kepahitan bangang
Lantas menambah kerunsingan bangsat
yang mendominasi hati
Kau tahu perasaan itu?
Perasaan celaka di mana
seakan segumpalan bulu biri-biri
tersekat di kerongkong
Ya cuba kau bayangkan dia
(dia itu syaitan, iblis dan yang sama waktu dengannya)
dengan penuh kesyaitanannya
menceroboh kerongkong
(kau bayangkan dia macam terowong)
Terowong gelap untuk kau simpan
ketulan batu-batu hitam 
yang tidak mampu kau hadam
walau dicincang mata pisau tajam
yang bersalut bisa  
Habis caca merba 
Batu terpelanting sini sana
tapi tak pecah juga
Bodoh tak dia kau rasa?
Ke aku yang bodoh?
Ya aku tengah berkonversasi
dengan diri sendiri
Kau ada masalah?



Thursday, March 7, 2013

Lemah.

Dalam sibuknya aku menyenaraikan setiap satu kekurangan kelemahan si Polan, kawan aku lalu bertanya,"Macam mana kau jatuhkan hukum atas kelemahan seseorang itu?". Dalam erti kata lain macam mana aku judge kelemahan si Polan ini. Sungguh aku terpukul dengan soalan itu. Makan dalam. Bagai terpijak paku karat hingga kancing gigi. Haha. Benar juga. Bagaimana ya? Tiada jawapan daripada mulut lancang aku kepada soalan itu tadi. Terdiam seribu bahasa. Lantas aku sedar diri. Kasar juga aku ini rupanya. Mungkin terbawa-bawa dengan emosi juga agaknya hingga tidak nampak rasionalnya aku buat begitu. Haa see? Itulah kelemahan aku. Terbawa-bawa dengan emosi hingga aku tak nampak kelemahan diri sendiri. Nampak orang lain punya sahaja.  Kemudian baru aku tersedar. Iya lah, dah macam kena penampar Arab dengan soalan kawan aku tadi kan. Bila difikir-fikir semula, ya manusia itu lemah. Aku lemah. Dia lemah. Kau lemah. Bezanya terletak pada cara kau kawal kelemahan kau. Kau yang pilih jalan kau. Jangan sebab kau lemah, jadi kau nak tunjukkan kekuatan kau dengan menjatuhkan, menindas, menyakitkan hati orang lain. Trust me. You'll not gain any respect from others. Nak kuat? Tepuk dada tanya selera. Takat mana mampunya. Jangan sampai hati sendiri merana. Kalaupun kau kuat, janganlah pula buat endah tak endah perasaan orang lain. Apa kata kau salurkan kekuatan kau pada orang yang lemah, yang perlukan sokongan tulang empat kerat kau tu. Ya aku tahu. Easier said than done. Tapi apa salahnya mencuba. Belum cuba belum tahu, bukan begitu? Sebab kita manusia. Bukan Tuhan pemilik dunia. Ya, sekarang aku ingat, kawan. Terima kasih.


Note to self and others:
1. Jangan overthink bak kata orang putih. (I always do this! :O)
2. Jangan jadi macam kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak (ke buat-buat tak nampak).
3. Buang jauh-jauh negative vibes dan sedut segala positive vibes and spread them!

Monday, March 4, 2013

Aku Pernah Berada Di Situ.

Aku pernah berada di situ
Di lorong gelap
penuh cela dan noda
Busuk kalah bangkai
dihurung berengga
Takut mati sia-sia
aku berlari ke sana 
Ke tempat yang dipayungi
lampu-lampu neon 
dan dipenuhi 
visualisasi konkrit manusia
Bukan abstrak
dongeng khayalan aku sahaja
ah bikin aku rasa bahagia
Kau tidak percaya?
Oh lupa
kau tidak pernah
berada di lorong celaka itu
Kau rama-rama cantik
yang terpelihara dalam kepompong
penuh selesa dan indah belaka
Tapi aku
Aku pernah berada di situ.