#1P
Aku cuma duduk di situ.
Memerhati penuh minat akan gelagat roh-roh di dalam jasad-jasad kurniaan Tuhan
itu. Padat sekali udara. Berat. Sarat dengan hembusan partikel dan zat kimia yang memenuhi ruang atmosfera udara. Tapi aku sudah biasa.
Tebal sudah bulu-bulu di dalam rongga hidungku menapis segala sisa itu semua.
Lumrah buat yang hidup di kota raya yang penuh cela.
Aku lihat di satu sudut di tepi
laluan pejalan kaki itu, duduk seorang perempuan lewat umur 30-an bersama anak
perempuan yang kurasa umurnya baru mencecah 10 tahun. Mataku tertancap kearah
kanak-kanak kecil itu. Kurus sekali. Comot, kotor dan busuk. Dia merengek-rengek
kelaparan. Ibunya pula hanya mampu memujuk sambil mengusap-usap kepala anak
kesayangannya itu. Lirih sekali kulihat mata ibunya. Ibu mana yang sanggup
melihat anak kelaparan. Kalau lah bisa diberi makan isi manusia, mungkin saja
ibunya membiarkan dirinya menjadi makanan si anak.
Lalu, bangun si ibu dari
duduknya dan kufikir dia sudah mula mahu mencari sesuap makan barangkali.
Mengemis pun boleh jadi. Aku berkira-kira dia akan meminta sedekah mahupun
menggeledah tong-tong sampah untuk mencari sisa makanan di sekitar kawasan itu.
Tapi, aku salah. Kulihat si ibu mencapai beberapa tin minuman berkarbonat yang
dibuang di tepi tong sampah itu kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik yang
dipegang oleh si anak. Oh, baru kutahu dia ingin mengitar semula tin-tin itu
dan mendapatkan wang untuk membeli makanan. Timbul rasa kagum dalam diriku
terhadap si ibu. Mencari rezeki untuk si anak menggunakan kudrat yang ada.
Bukan dengan meminta simpati dan memakan sisa makanan di dalam tong sampah
seperti orang yang senasib dengan mereka. Sungguh aku terkesima dan kagum.
Sekurang-kurangnya dia berusaha, bukan hanya meminta belas ihsan sahaja.
Aku menggamit mereka berdua datang kepadaku. Kuhulurkan satu not ringgit
Malaysia lima puluh kepada si ibu. Terkejut dia. Dia menolak secara baik
mengatakan dia tidak menerima duit begitu sahaja. Lalu aku kata, aku beli semua
tin-tin dia. Teragak-agak dia pada mulanya namun aku berkeras juga. Akhirnya si
ibu tersenyum gembira dan menerima. Aku tenung si anak. Dia tidak tahu apa-apa.
Kuusap-usap kepalanya. Dia hanya tersenyum mesra. Ah, sayu rasa! Mata mula
berkaca-kaca namun kutahan juga. Kedua mereka kemudian mengucapkan terima kasih
dan berlalu pergi. Aku pandang sahaja kelibat mereka sehingga mereka hilang di
dalam arus manusia.
Lega aku rasa. Satu benda telah terlaksana.
#2P
Usai menikmati panorama
sandiwara manusia di situ, aku menghayun langkah menyusuri jalan-jalan di
sekitar kota raya yang sibuk itu. Memang tidak pernah lengang. Daripada awal
pagi sehingga ke tengah malam. Sentiasa hidup. Seketika aku berfikir, apa yang
dibuat oleh mereka ini semua? Tidak penatkah? Tidak muak dan rimas kah mereka
ini dengan suasana sekeliling mereka yang penuh sesak? Hingga untuk mendapat
sesedut udara juga kurasa payah sekali.
(Oh lupa pula! Tin-tin yang aku ambil daripada anak beranak tadi, aku berikan kepada pakcik tua yang tengah korek-korek tong sampah nak cari tin untuk dijual juga.)
Penat kurasa, aku pilih untuk berhenti
duduk dan menghilangkan haus tekak di sebuah kedai menjual minuman ternama. Aku
memesan Chocolate Hazelnut Milk Tea dengan puding dan kemudian mengambil tempat
di meja luar. Puas tekakku menerima air
sejuk itu. Rasa segar. Di sebelah mejaku, duduk dua orang lelaki korporat yang
sibuk memperihalkan tentang saham-saham, aset-aset dan projek-projek mereka
yang ketakterhinggaan itu. Ah, tidak boleh lari aku daripada memasang telinga
tentang apa yang diperkatakan oleh mereka.
“I takkan nak biarkan Si X tu
dapat projek besar juta-juta tu. Takkan. Kita kena buat sesuatu,” kata lelaki
korporat 1.
“I pun. Kita mungkin boleh
‘suap’ sikit kot orang yang urus hal bagi tender tu. Mesti dia mahu. Zaman
sekarang, siapa sahaja mahu tolak duit percuma,” kata lelaki korporat 2 sambil
ketawa besar.
Bulat mata aku mendengar
perbualan mereka. Kaya harta tapi buta hukum agama. Riba dan penindasan itu kan
haram. Dosa besar pula. Tiada guna pangkat besar, rumah besar, kereta besar,
tetapi tidak jujur. Hilang rasa hormat dan kagum aku terhadap mereka. Apa guna
kejar kemewahan, kuasa pangkat itu semua? Lalu, aku tulis di atas sehelai
kertas kecil dan menyuruh seorang pelayan memberikan kepada dua lelaki korporat
tersebut selepas aku menghayun langkah keluar daripada kedai itu.
“Rasul kita ada mengatakan,
“Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Dan ianya mesti seimbang antara
duniawi dan ukhrawi. Jangan melebih-lebih dalam mengejar harta kekayaan dunia
dalam apa jua bentuk. Jauhi riba, tuan-tuan! J“
Aku tersenyum seorang diri saat
melepasi lelaki-lelaki korporat tersebut. Manusia. Sanggup untuk buat apa
sahaja untuk puaskan hati mereka sendiri. Moga Tuhan bukakan pintu hati mereka.
Ah, terlaksana hajat aku yang kedua. Gembira tak terkata!
#3P
Penat menyedut udara di luar,
aku langsung pulang ke sarangku untuk membersihkan diri dan merehatkan badan.
Apabila di rumah, apa lagi, menghadap komputer sahaja kerjaku. Kalau tadi
bersosial di alam realiti, kini bersosial di alam maya pula. Rutin seorang
remaja aku kira. Mula lah aku menyusun kata lalu tercipta ini semua.
Asal kau
tahu ya, “ wish list” itu tidak perlu penuhkan dengan benda-benda yang kau
ingin miliki sahaja. Kau senaraikan sahaja telefon bimbit mahal, komputer riba
berjenama, lelaki kacak bergaya, tapi bukankah rasa kosong tak bermakna sahaja?
Kau puas di situ sahaja, bukan?
Mungkin, lain orang lain impian dan harapannya.
Tipu sangat kalau aku kata aku tak pernah ada “wish list” sebegitu rupa. Aku
ini manusia sama macam kau semua. Sudah fitrah kita bukan? Jadi kita sama
sahaja. Haha. Apa aku cuba nak kata di sini adalah cuba dari sisi lain pula.
Bukan apa yang kau nampak sahaja. Contohnya macam dua “wish” aku itu. Faham?
Eh? Dah terlaksana pula “wish” terakhir aku iaitu bercakap serba sedikit
tentang “wishlist”. Apa patut aku rasa sekarang? Ya, gembira dan puas!
Misi
terlaksana! *lompatlompat*