Wednesday, February 19, 2014

"Wishlist."



#1P

Aku cuma duduk di situ. Memerhati penuh minat akan gelagat roh-roh di dalam jasad-jasad kurniaan Tuhan itu. Padat sekali udara. Berat. Sarat dengan hembusan partikel dan zat kimia yang memenuhi ruang atmosfera udara. Tapi aku sudah biasa. Tebal sudah bulu-bulu di dalam rongga hidungku menapis segala sisa itu semua. Lumrah buat yang hidup di kota raya yang penuh cela. 

Aku lihat di satu sudut di tepi laluan pejalan kaki itu, duduk seorang perempuan lewat umur 30-an bersama anak perempuan yang kurasa umurnya baru mencecah 10 tahun. Mataku tertancap kearah kanak-kanak kecil itu. Kurus sekali. Comot, kotor dan busuk. Dia merengek-rengek kelaparan. Ibunya pula hanya mampu memujuk sambil mengusap-usap kepala anak kesayangannya itu. Lirih sekali kulihat mata ibunya. Ibu mana yang sanggup melihat anak kelaparan. Kalau lah bisa diberi makan isi manusia, mungkin saja ibunya membiarkan dirinya menjadi makanan si anak. 

Lalu, bangun si ibu dari duduknya dan kufikir dia sudah mula mahu mencari sesuap makan barangkali. Mengemis pun boleh jadi. Aku berkira-kira dia akan meminta sedekah mahupun menggeledah tong-tong sampah untuk mencari sisa makanan di sekitar kawasan itu. Tapi, aku salah. Kulihat si ibu mencapai beberapa tin minuman berkarbonat yang dibuang di tepi tong sampah itu kemudian dimasukkan ke dalam beg plastik yang dipegang oleh si anak. Oh, baru kutahu dia ingin mengitar semula tin-tin itu dan mendapatkan wang untuk membeli makanan. Timbul rasa kagum dalam diriku terhadap si ibu. Mencari rezeki untuk si anak menggunakan kudrat yang ada. Bukan dengan meminta simpati dan memakan sisa makanan di dalam tong sampah seperti orang yang senasib dengan mereka. Sungguh aku terkesima dan kagum. Sekurang-kurangnya dia berusaha, bukan hanya meminta belas ihsan sahaja. 

Aku menggamit mereka berdua datang kepadaku. Kuhulurkan satu not ringgit Malaysia lima puluh kepada si ibu. Terkejut dia. Dia menolak secara baik mengatakan dia tidak menerima duit begitu sahaja. Lalu aku kata, aku beli semua tin-tin dia. Teragak-agak dia pada mulanya namun aku berkeras juga. Akhirnya si ibu tersenyum gembira dan menerima. Aku tenung si anak. Dia tidak tahu apa-apa. Kuusap-usap kepalanya. Dia hanya tersenyum mesra. Ah, sayu rasa! Mata mula berkaca-kaca namun kutahan juga. Kedua mereka kemudian mengucapkan terima kasih dan berlalu pergi. Aku pandang sahaja kelibat mereka sehingga mereka hilang di dalam arus manusia.

Lega aku rasa. Satu benda telah terlaksana.


#2P

Usai menikmati panorama sandiwara manusia di situ, aku menghayun langkah menyusuri jalan-jalan di sekitar kota raya yang sibuk itu. Memang tidak pernah lengang. Daripada awal pagi sehingga ke tengah malam. Sentiasa hidup. Seketika aku berfikir, apa yang dibuat oleh mereka ini semua? Tidak penatkah? Tidak muak dan rimas kah mereka ini dengan suasana sekeliling mereka yang penuh sesak? Hingga untuk mendapat sesedut udara juga kurasa payah sekali. 

(Oh lupa pula! Tin-tin yang aku ambil daripada anak beranak tadi, aku berikan kepada pakcik tua yang tengah korek-korek tong sampah nak cari tin untuk dijual juga.)

Penat kurasa, aku pilih untuk berhenti duduk dan menghilangkan haus tekak di sebuah kedai menjual minuman ternama. Aku memesan Chocolate Hazelnut Milk Tea dengan puding dan kemudian mengambil tempat di meja luar.  Puas tekakku menerima air sejuk itu. Rasa segar. Di sebelah mejaku, duduk dua orang lelaki korporat yang sibuk memperihalkan tentang saham-saham, aset-aset dan projek-projek mereka yang ketakterhinggaan itu. Ah, tidak boleh lari aku daripada memasang telinga tentang apa yang diperkatakan oleh mereka.

“I takkan nak biarkan Si X tu dapat projek besar juta-juta tu. Takkan. Kita kena buat sesuatu,” kata lelaki korporat 1.

“I pun. Kita mungkin boleh ‘suap’ sikit kot orang yang urus hal bagi tender tu. Mesti dia mahu. Zaman sekarang, siapa sahaja mahu tolak duit percuma,” kata lelaki korporat 2 sambil ketawa besar.

Bulat mata aku mendengar perbualan mereka. Kaya harta tapi buta hukum agama. Riba dan penindasan itu kan haram. Dosa besar pula. Tiada guna pangkat besar, rumah besar, kereta besar, tetapi tidak jujur. Hilang rasa hormat dan kagum aku terhadap mereka. Apa guna kejar kemewahan, kuasa pangkat itu semua? Lalu, aku tulis di atas sehelai kertas kecil dan menyuruh seorang pelayan memberikan kepada dua lelaki korporat tersebut selepas aku menghayun langkah keluar daripada kedai itu.

“Rasul kita ada mengatakan, “Sebaik-baik perkara adalah yang pertengahan”. Dan ianya mesti seimbang antara duniawi dan ukhrawi. Jangan melebih-lebih dalam mengejar harta kekayaan dunia dalam apa jua bentuk. Jauhi riba, tuan-tuan! J

Aku tersenyum seorang diri saat melepasi lelaki-lelaki korporat tersebut. Manusia. Sanggup untuk buat apa sahaja untuk puaskan hati mereka sendiri. Moga Tuhan bukakan pintu hati mereka. 

Ah, terlaksana hajat aku yang kedua. Gembira tak terkata!


#3P

Penat menyedut udara di luar, aku langsung pulang ke sarangku untuk membersihkan diri dan merehatkan badan. Apabila di rumah, apa lagi, menghadap komputer sahaja kerjaku. Kalau tadi bersosial di alam realiti, kini bersosial di alam maya pula. Rutin seorang remaja aku kira. Mula lah aku menyusun kata lalu tercipta ini semua. 

Asal kau tahu ya, “ wish list” itu tidak perlu penuhkan dengan benda-benda yang kau ingin miliki sahaja. Kau senaraikan sahaja telefon bimbit mahal, komputer riba berjenama, lelaki kacak bergaya, tapi bukankah rasa kosong tak bermakna sahaja? Kau puas di situ sahaja, bukan? 

Mungkin, lain orang lain impian dan harapannya. Tipu sangat kalau aku kata aku tak pernah ada “wish list” sebegitu rupa. Aku ini manusia sama macam kau semua. Sudah fitrah kita bukan? Jadi kita sama sahaja. Haha. Apa aku cuba nak kata di sini adalah cuba dari sisi lain pula. Bukan apa yang kau nampak sahaja. Contohnya macam dua “wish” aku itu. Faham? Eh? Dah terlaksana pula “wish” terakhir aku iaitu bercakap serba sedikit tentang “wishlist”. Apa patut aku rasa sekarang? Ya, gembira dan puas! 

Misi terlaksana! *lompatlompat*



Sunday, February 16, 2014

Four Corners and Two Sides.

That glimpse of burning Despise--
broiled Her small little piece of living Meat--
turning It into ashes.
She's now just that discrete dust particles
dwelling with other microscopic particles--
lifeless and misguided
waiting to be brushed away 
by the loathsome and sickening 
so-called Godly hand of Yours.
And She can only spill this 
on that four corners and two sides sheet.
Sad story.


p/s: I was listening to Four Corners and Two Sides by Sleeping With Sirens while writing this poem. Haha. 

Of Cloudy Skies & Melancholia

Melancholic hue frosted the cosmos,
just like the fall of the twilight.
And the raindrops started caressing the ground,
with their unmelodious tapping sounds,
together with a continuous chain
of ruined ringlets of Her tears,
dripping down onto the cracked earth.
That was when the silent eloquence
of His pair of eyes spoke,
instigating such a quivering agony to Her.
She caught Her breath--
as He invaded Her core.
And the Battle, began.

Thursday, February 13, 2014

Kolonisasi.

Malam itu Kau singgah lagi--
di petak berjeriji besi Dia
bersama sabda-sabda pandir 
serta rantaian dogma yang memasung benak--
cubaan Imperialisasi sisi egoistis Dia.

Lama Dia berteleku
di sebalik dinding konkrit
bercoret isme-isme yang acapkali 
menjadi mantera ritual puja
dan senggama minda.

Benteng jiwaNya kan tetap kekar terpasak--
biar ditiup Maha Pawana Kau 
yang seringkali ghairah 
merobek halus pintu-pintu sukma
tanpa kenal erti putus asa.

"Aku putuskan begitu," kata Dia.