Thursday, June 21, 2012

Kerana Aku Manusia


Kerana Aku Manusia
Celik mata lihat dunia,
Kau tepuk dada,
Tanyalah selera.
Jangan kau lupa,
Kau berada di bumi yang nyata,
Bumi yang hanya pinjaman sahaja,
Tuhan itu pemilik mutlaknya.
Kenapa mesti kau persoalkan juga?
Kau lupa?
Kau lupa terjadinya kau dari apa?
Oleh siapa?
Dia yang Maha Berkuasa!
Cuba kau kira,
Berapa kerat sahaja yang mempunyai jiwa?
Jiwa yang berani mendengar kata hakiki.
Cuba kau kira pula,
Jiwa yang mendambakan pujian,
Ketakterhinggaan!
Lalu kata kau semua,
Ah, kau juga sama seperti yang kau carutkan di atas!
Ya, aku juga sama,
Sama seperti kau semua,
Kerana aku juga manusia,
Selemah-lemah manusia,
Bukan aku nak mendabik dada,
Mencari nama,
Kerana aku manusia,
Aku bersuara juga,
Ibarat jam loceng,
Untuk diri sendiri dan semua,
Ya, kerana aku manusia.

Wednesday, June 20, 2012

Si Badut itu.....



Si Badut

Lihatlah dunia!
 Si Polan yang bertopengkan Badut.
Dicari ketika duka, dibuang ketika suka.
Itulah lumrah manusia bertopengkan badut.
Asalkan org lain gembira, hati kita duka tak mengapa.

Namun, lupakah mereka?
Si Badut juga manusia.
Punya jiwa dan raga.
Tapi hatinya, siapa yang jaga?

Tiada. Tiada!

Kata mereka,
Si Badut itu ceria sahaja!
Eh? Hanya tahu melempar kata!
Pernahkah mereka menyusuri.
Denai gelap di segenap hatinya?

Ah!
Tidakkah juga mereka tahu rasionalnya?
Bahawa senyuman di bibir bisa dipalsukan sahaja,
Tetapi hati didalam,
Bagaikan bernanah berbisa.

Oh, lihat!
Si Badut itu berduka,
lihatlah ke dalam matanya,
sisa air mata yang tidak habis diseka,
masih terlihat dibibir mata.

Namun,
Si Badut meneruskan jua,
tugasnya sebagai penghibur duka,
dengan sisa air mata lara,
cuba melupakan luluh hatinya.

 Lalu,
Pulang Si Badut duduk bersendiri,
cuba memujuk hatinya sendiri,
bahawa akan ada yg memahami,
menyelami sudut gelap sunyi dirinya ini,

Si badut lalu berkata,
Suatu hari nanti, PASTI!
Akan ada yang memahami,
segenap ruang kosong hiba hati ini.

Tuesday, August 23, 2011

SUNGAI ATAS SUNGAI. Kenapa aku baru tau? -.-

The Madeburg Water Bridge In Germany






Ok. Pathetic gila aku baru tau benda ni. Tu pun sbb ada orang email aku. BHAHAHAH! Padahal benda ni dah opened for public since 2003 lagi haa. -.- Ketinggalan zaman gila, NOOB! HAHAHA. Okeh tak kesah laa. Pada yang taktau la kan benda ni depa bina start awai tahun 1930 an lagi nuhh. Tapi sbb World War 2 and ada la perpecahan kat Germany tu kerja-kerja pembinaan tu pun jadi la sekerat jalan. Tapi tahun 1997 depa sambung semula bina bridge tu and sampai la tahun 2003 benda tu siap and opened for public. KAHKAH. Lama dah pun sebenaqnya bukak bridge tu. Kira hebat gila laa. Kalau suh aku bina memang sampai kucing berteloq pun takkan siap. Kalau siap pun mesti orang takut nak guna. HARHAR. Ohhh saya bukan ahli fizik yang berjaya :p Haa kalau nak tau lagi bridge ni sepanjang 918 metres which is 690 metres over land and the other 228 metres over water. And benda ni jugak dikatakan tempat bekalan air yang terpanjang wehh. Kos nak bina benda ni 500 million Europe :O Perghh bykk! Haa ok yang tu je aku nak sampaikan. HAHAHA. Mybe ramai dah kot yang tahu, *aku je tak tahu kahkah. Kbai. :D