Maafkan aku
Aku si perempuan emosi itu
Hanya tahu bikin tohmahan melulu
Tanpa berfikir akan rasionalnya dahulu
Maafkan aku
Aku si perempuan emosi itu
Mencampak emosi sesuka aku
Tanpa mengetahui kau akan terluka kaku
Maafkan aku
Aku si perempuan emosi itu
Hanya berfikir ikut logik akalku
Tanpa mendengar daripada pihakmu
"Apa mungkin sudah timbul benih-benih kebencian dalam hatimu?"
Ah, lihat disitu
Aku masih si perempuan emosi itu
Dan perlahan-lahan ia membunuhku
Emosi,
Sila pergi mati.
Saturday, November 10, 2012
Wednesday, November 7, 2012
Creeptonia :)
Di daerah asing ini
terdampar aku keseorangan.
Udara kering tanpa jirim.
Tiada zarah halus yang diskrit.
Juga tiada cahaya suria
menembusi awan-awan gelap di angkasa raya.
Bagaimana bisa aku hidup di daerah hambar
tanpa atom, molekul dan ion
yang biasanya memenuhi ruang udara?
Sedang aku terpinga-pinga bagai rusa masuk kota
tiba-tiba
Tuhan bersuara dari atas sana,
“Aku akan turunkan mereka!”
“Dan terangi daerah ini dengan cahaya”
“Juga udara diwarnai tawa gembira penuh
bahagia”
“Biar lengkap secukup rasa”
“Aku namakan dunia ini Creeptonia!”
“Dan mereka semua itu umpama keluarga”
“Moga tiada lagi rasa kosong di dada.”
Ya Tuhan
Terima kasih atas kurniaanMu
yang indah tak terhingga
Aku gembira tidak terungkap oleh kata.
Anda tahu anda siapa.
Monday, October 15, 2012
Syurga Duniawi Itu
Syurga duniawi itu bagi aku
Pabila aku terkena hembusan angin malam
Bermeter-meter jaraknya dari atas kerak bumi
Diwarnai langit hitam pekat
Serta cahaya bintang terang
Ditemani kerlipan lampu neon kotaraya
Dan manusia
Peneman untuk cerita sandiwara suka duka melankolik
Juga kepulan asap nikotin pekat berat
Penuh rencah dan perasa
Aku rasa lengkap
Aku rasa penuh
Aku rasa manis
Tuesday, October 9, 2012
Belum Jumpa Tajuk (Untuk Leha heyyy~)
Aku
gadis oportunis
Perembat
segala peluang yang terjangkau dek mata
Pengeksploitasi
keadaan
Ia
mengalir di dalam setiap salur kapilari darah di dalam tubuhku
Tidak
kutoleh ke belakang
Hanya
menderap langkah ke hadapan
Bukan
tamak haloba
Bongkak
mendabik dada
Cuma
kurasa
Aku
bisa melakukannya
Persetankan
mulut-mulut neraka
Yang
hanya tahu berkata-kata
Mereka
tidak pernah mencuba
Hanya
tahu menjatuh hukum sahaja
Bagaikan
mereka itu pemilik dunia
Ya aku
tahu
Hidup
bukan hanya berputar di sekelilingku sahaja
Tapi
mereka itu yang buta hati dan minda
Terlingkup
di zon selesa dan gelap gelita
Bukankah
hidupnya kita ini untuk meneroka
Setiap
peluang yang ada
Mencuba
mencari rasional dalam setiap perkara
Bukan
disempadani minda sempit beralaskan konkrit sahaja
Teropong
sisi abstraknya hingga ke sekecil-kecil zarah sekalipun
Semua
dalam genggaman kita
Tuhan
cipta semua punya sebabnya
Terokalah
ciptaanNya dengan penuh bangga dan gembira
Dogma
dan pegangan Islam jangan dilupa
Dengan
izin Dia
Di
titian Siratulmustakim kita berada.
Subscribe to:
Posts (Atom)