Monday, October 15, 2012

Syurga Duniawi Itu


Syurga duniawi itu bagi aku
Pabila aku terkena hembusan angin malam
Bermeter-meter jaraknya dari atas kerak bumi
Diwarnai langit hitam pekat
Serta cahaya bintang terang
Ditemani kerlipan lampu neon kotaraya
Dan manusia
Peneman untuk cerita sandiwara suka duka melankolik
Juga kepulan asap nikotin pekat berat
Penuh rencah dan perasa

Aku rasa lengkap
Aku rasa penuh
Aku rasa manis

Tuesday, October 9, 2012

Belum Jumpa Tajuk (Untuk Leha heyyy~)


Aku gadis oportunis
Perembat segala peluang yang terjangkau dek mata
Pengeksploitasi keadaan
Ia mengalir di dalam setiap salur kapilari darah di dalam tubuhku
Tidak kutoleh ke belakang
Hanya menderap langkah ke hadapan
Bukan tamak haloba
Bongkak mendabik dada
Cuma kurasa
Aku bisa melakukannya
Persetankan mulut-mulut  neraka
Yang hanya tahu berkata-kata
Mereka tidak pernah mencuba
Hanya tahu menjatuh hukum sahaja
Bagaikan mereka itu pemilik dunia
Ya aku tahu
Hidup bukan hanya berputar di sekelilingku sahaja
Tapi mereka itu yang buta hati dan minda
Terlingkup di zon selesa dan gelap gelita
Bukankah hidupnya kita ini untuk meneroka
Setiap peluang yang ada
Mencuba mencari rasional dalam setiap perkara
Bukan disempadani minda sempit beralaskan konkrit sahaja
Teropong sisi abstraknya hingga ke sekecil-kecil zarah sekalipun
Semua dalam genggaman kita
Tuhan cipta semua punya sebabnya
Terokalah ciptaanNya dengan penuh bangga dan gembira
Dogma dan pegangan Islam jangan dilupa
Dengan izin Dia
Di titian Siratulmustakim kita berada.