Wednesday, July 3, 2013

Kisah dan Kalah.

Aku pilih untuk kisah
dan aku mula rasa kalah
Sebu hati
Sesak hingga terjelepok aku 
di sudut gelap 
berlantaikan marmar putih
penuh darah merah berbau hanyir
Menangis aku kesakitan
Ya sakitnya itu kurasa
hingga lubuk paling dalam
Bagai ditusuk-tusuk dicarik-carik
dengan bilah buluh yang tajam
Bisa diumpamakan dengan kata-kata
dan perlakuan engkau
yang menikmati saat kejatuhan aku
yang bukan apa-apa ini
Aku ulang--
Bukan apa-apa
Ya, aku pilih untuk kisah
dan aku mula rasa kalah.

Tuesday, June 25, 2013

Bara Yang Panas Membara

Terjuih-juih mulut mengata
Cakap main sedap saja
Tapi kelat maksud kau bawa
Konon kau hebat main kata
Oh lupa
Sarkastik katanya
Eh saudara
Kerana mulut bisa badan binasa
Nista kata dibenci manusia
Eh sesak nafaslah bila kau bersuara
Bukan sebab jerebu selubung atmosfera
Ini fakta bukan auta
Biar mereka tak kata
Eh biarlah aku nak kata
Mulut aku peduli apa
Hiduplah kau dalam gua
Baru nyaman udara agaknya
Nampak apa semua tak kena
Kau saja yang betul semua
Ya emosi aku membara-bara
Terasa ambil semua.

Wednesday, April 17, 2013

Madu Beracun.

Penuh cela
Berkeladak
Kotor
Busuk

Provokasi berleluasa
menjadi makanan bersama-sama
Ekstremis di setiap pelosok dunia
Tanpa tahu menimbang baik buruknya

Mana integriti kau semua?
Propaganda apa kau perjuangkan?
Sembang kosong apa kau jaja penuh sakan?
Dasar pemanipulasi dunia!

Hanya tahu alirkan madu
Tanpa manis aslinya
Hanya tahu menabur kata ini itu
Kosong tanpa isi jua

Meracuni minda manusia
Hingga lupa erti hidup sejahtera
Hingga lupa erti adil saksama
Hingga lupa erti KITA

Apa kau semua nak jawab 
dengan Tuhan di sana?
Ada jawapannya?
Moga-moga kau semua diberkati Dia

Terasa?
Sila ambil semua.

Wednesday, March 13, 2013

Payah Nak Faham Cerita Ini.

Minda meliar dan menjalar 
ke lubuk paling dalam
Membuahkan manik-manik air halus
yang tiada sedikitpun rasa masin
tapi penuh rasa kepahitan bangang
Lantas menambah kerunsingan bangsat
yang mendominasi hati
Kau tahu perasaan itu?
Perasaan celaka di mana
seakan segumpalan bulu biri-biri
tersekat di kerongkong
Ya cuba kau bayangkan dia
(dia itu syaitan, iblis dan yang sama waktu dengannya)
dengan penuh kesyaitanannya
menceroboh kerongkong
(kau bayangkan dia macam terowong)
Terowong gelap untuk kau simpan
ketulan batu-batu hitam 
yang tidak mampu kau hadam
walau dicincang mata pisau tajam
yang bersalut bisa  
Habis caca merba 
Batu terpelanting sini sana
tapi tak pecah juga
Bodoh tak dia kau rasa?
Ke aku yang bodoh?
Ya aku tengah berkonversasi
dengan diri sendiri
Kau ada masalah?



Thursday, March 7, 2013

Lemah.

Dalam sibuknya aku menyenaraikan setiap satu kekurangan kelemahan si Polan, kawan aku lalu bertanya,"Macam mana kau jatuhkan hukum atas kelemahan seseorang itu?". Dalam erti kata lain macam mana aku judge kelemahan si Polan ini. Sungguh aku terpukul dengan soalan itu. Makan dalam. Bagai terpijak paku karat hingga kancing gigi. Haha. Benar juga. Bagaimana ya? Tiada jawapan daripada mulut lancang aku kepada soalan itu tadi. Terdiam seribu bahasa. Lantas aku sedar diri. Kasar juga aku ini rupanya. Mungkin terbawa-bawa dengan emosi juga agaknya hingga tidak nampak rasionalnya aku buat begitu. Haa see? Itulah kelemahan aku. Terbawa-bawa dengan emosi hingga aku tak nampak kelemahan diri sendiri. Nampak orang lain punya sahaja.  Kemudian baru aku tersedar. Iya lah, dah macam kena penampar Arab dengan soalan kawan aku tadi kan. Bila difikir-fikir semula, ya manusia itu lemah. Aku lemah. Dia lemah. Kau lemah. Bezanya terletak pada cara kau kawal kelemahan kau. Kau yang pilih jalan kau. Jangan sebab kau lemah, jadi kau nak tunjukkan kekuatan kau dengan menjatuhkan, menindas, menyakitkan hati orang lain. Trust me. You'll not gain any respect from others. Nak kuat? Tepuk dada tanya selera. Takat mana mampunya. Jangan sampai hati sendiri merana. Kalaupun kau kuat, janganlah pula buat endah tak endah perasaan orang lain. Apa kata kau salurkan kekuatan kau pada orang yang lemah, yang perlukan sokongan tulang empat kerat kau tu. Ya aku tahu. Easier said than done. Tapi apa salahnya mencuba. Belum cuba belum tahu, bukan begitu? Sebab kita manusia. Bukan Tuhan pemilik dunia. Ya, sekarang aku ingat, kawan. Terima kasih.


Note to self and others:
1. Jangan overthink bak kata orang putih. (I always do this! :O)
2. Jangan jadi macam kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak (ke buat-buat tak nampak).
3. Buang jauh-jauh negative vibes dan sedut segala positive vibes and spread them!

Monday, March 4, 2013

Aku Pernah Berada Di Situ.

Aku pernah berada di situ
Di lorong gelap
penuh cela dan noda
Busuk kalah bangkai
dihurung berengga
Takut mati sia-sia
aku berlari ke sana 
Ke tempat yang dipayungi
lampu-lampu neon 
dan dipenuhi 
visualisasi konkrit manusia
Bukan abstrak
dongeng khayalan aku sahaja
ah bikin aku rasa bahagia
Kau tidak percaya?
Oh lupa
kau tidak pernah
berada di lorong celaka itu
Kau rama-rama cantik
yang terpelihara dalam kepompong
penuh selesa dan indah belaka
Tapi aku
Aku pernah berada di situ.


Tuesday, February 26, 2013

Untuk "Yang Di Sana".


Hai, yang di sana!
Asal kau tahu ya
Kita ini di dalam kolek yang sama
Menjala ikan di laut luas terbuka
Tiada yang beza
Masih di bawah langit yang sama
Bumi milik Dia
Bukan aku punya
Bukan kau punya
Bukan kita punya
Kau faham apa aku cuba nak kata?

Tuesday, February 19, 2013

Jihad Melawan Blacky Black.

Tatkala kegelapan mula menembusi
ruang-ruang kosong atmosfera
Mengerekotlah engkau
yang membatu
digigit kebekuan 
dimamah hitamnya gelap itu
Dan itulah tikanya
bilamana engkau
mendambakan walau segaris cahaya
dan bukan kepekatan kehitaman itu
yang ditemani kepul-kepul asap putih
Menyesakkan
Melemaskan
Jadi kepakkan sayap
Terbang bebas
Biar kau rasa
kilau pesona mega di angkasa raya
Harapan mula berbunga-bunga
Ya, engkau lihat cahaya di hujung sana
Bukan begitu?

Saturday, February 16, 2013

Bau Laki-Laki Itu.


Aku jatuh suka cinta mati 
pada bau laki-laki itu 
yang bisa buat aku sengih
hingga mungkin terkeluar gigi
nampak gusi. 

Aku jatuh suka cinta mati 
pada bau laki-laki itu 
yang kini mula berdansa 
penuh lenggok gemalai
menerobos dua rongga muka hamba ini.


Aku jatuh suka cinta mati 
pada bau laki-laki itu 
dan kini bau sang arjuna itu 
kian larut dalam tapisan 
bulu-bulu halus berlapik mukus.


Aku jatuh suka cinta mati 
pada bau laki-laki itu 
Ah bisa buat aku menari-nari
ikut gerak hati
dan nafsu berahi.


Aku jatuh suka cinta mati 
pada bau laki-laki itu 
Syabu. 
Nikmat.
Asyik.


Friday, February 8, 2013

Potret.

Wajah indah dia dulu kubingkaikan
Kupelihara daripada keretakan jatuh mahupun hempasan
Biar jadi potret indah
Bisa buat hati aku jadi goyah
Wajah bersegi penuh misteri
Buat aku rasa gila separuh mati
Kutatang malam dan siang
Kujaga tanpa cela bersawang
Kini pudar hilang warna
Dibaluti pula debu-debu dunia 
Sini sana retak calar
Bagai dihempap dikerjakan kerbau balar
Itulah yang dulu dikata cinta konon ke syurga
Dah nama pun konon mengapalah perlu aku percaya?