Thursday, March 7, 2013

Lemah.

Dalam sibuknya aku menyenaraikan setiap satu kekurangan kelemahan si Polan, kawan aku lalu bertanya,"Macam mana kau jatuhkan hukum atas kelemahan seseorang itu?". Dalam erti kata lain macam mana aku judge kelemahan si Polan ini. Sungguh aku terpukul dengan soalan itu. Makan dalam. Bagai terpijak paku karat hingga kancing gigi. Haha. Benar juga. Bagaimana ya? Tiada jawapan daripada mulut lancang aku kepada soalan itu tadi. Terdiam seribu bahasa. Lantas aku sedar diri. Kasar juga aku ini rupanya. Mungkin terbawa-bawa dengan emosi juga agaknya hingga tidak nampak rasionalnya aku buat begitu. Haa see? Itulah kelemahan aku. Terbawa-bawa dengan emosi hingga aku tak nampak kelemahan diri sendiri. Nampak orang lain punya sahaja.  Kemudian baru aku tersedar. Iya lah, dah macam kena penampar Arab dengan soalan kawan aku tadi kan. Bila difikir-fikir semula, ya manusia itu lemah. Aku lemah. Dia lemah. Kau lemah. Bezanya terletak pada cara kau kawal kelemahan kau. Kau yang pilih jalan kau. Jangan sebab kau lemah, jadi kau nak tunjukkan kekuatan kau dengan menjatuhkan, menindas, menyakitkan hati orang lain. Trust me. You'll not gain any respect from others. Nak kuat? Tepuk dada tanya selera. Takat mana mampunya. Jangan sampai hati sendiri merana. Kalaupun kau kuat, janganlah pula buat endah tak endah perasaan orang lain. Apa kata kau salurkan kekuatan kau pada orang yang lemah, yang perlukan sokongan tulang empat kerat kau tu. Ya aku tahu. Easier said than done. Tapi apa salahnya mencuba. Belum cuba belum tahu, bukan begitu? Sebab kita manusia. Bukan Tuhan pemilik dunia. Ya, sekarang aku ingat, kawan. Terima kasih.


Note to self and others:
1. Jangan overthink bak kata orang putih. (I always do this! :O)
2. Jangan jadi macam kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak (ke buat-buat tak nampak).
3. Buang jauh-jauh negative vibes dan sedut segala positive vibes and spread them!

No comments:

Post a Comment