Thursday, June 21, 2012

Kerana Aku Manusia


Kerana Aku Manusia
Celik mata lihat dunia,
Kau tepuk dada,
Tanyalah selera.
Jangan kau lupa,
Kau berada di bumi yang nyata,
Bumi yang hanya pinjaman sahaja,
Tuhan itu pemilik mutlaknya.
Kenapa mesti kau persoalkan juga?
Kau lupa?
Kau lupa terjadinya kau dari apa?
Oleh siapa?
Dia yang Maha Berkuasa!
Cuba kau kira,
Berapa kerat sahaja yang mempunyai jiwa?
Jiwa yang berani mendengar kata hakiki.
Cuba kau kira pula,
Jiwa yang mendambakan pujian,
Ketakterhinggaan!
Lalu kata kau semua,
Ah, kau juga sama seperti yang kau carutkan di atas!
Ya, aku juga sama,
Sama seperti kau semua,
Kerana aku juga manusia,
Selemah-lemah manusia,
Bukan aku nak mendabik dada,
Mencari nama,
Kerana aku manusia,
Aku bersuara juga,
Ibarat jam loceng,
Untuk diri sendiri dan semua,
Ya, kerana aku manusia.

1 comment: