Friday, June 22, 2012

Siapa Diriku?


Siapa Diriku?
Duduk kebingungan,
Mata meliar ke kiri dan kanan,
Cuba mencari jawapan,
Mencari kepastian,
Guna hati dan akal fikiran,
Ah, terbeban dengan persoalan,
Siapa diriku?
Tanya Si Polan.

Lalu teringat,
Kisah kewujudan Adam,
Oh, ya!
Si Adam terbaring disitu,
Yang ada hanya sekujur Jasad yang kaku,
Dan melalui hidung Roh itu lalu,
Memberi nyawa kepada ciptaan Tuhan itu.

Jelaslah Jasad itu,
Hanya terjangkau di mata kasar,
Namun Roh itu,
Adalah cahaya yang menerangi,
Segenap ruang kosong didalam Jasad.

Ramai mencari-cari,
Cuba mengenal diri sendiri,
Pernahkah kau cuba?
Membuka hatimu,
Memahami cahaya suci,
Di dalam Jasad engkau itu?
Tidak!
Kau rela memperjudikan Jasad engkau,
Mencelakan Roh engkau,
Dengan perihal dunia yang lagha.
Bukan itu caranya,
Mengenal diri yang sebenarnya.

Cubalah!
Lindungi cahaya hatimu yang khalis,
Jaga jiwamu dan Jasadmu dari cela dunia,
Sempurna dalaman manusia itu,
Maka sempurnalah luarannya juga,
Dan seterusnya,
Sempurnalah juga taqwa,
Kepada Maha Pencipta.

#notetoself
p/s: Apa yang aku tulis ni apa yang aku rasa pasal aku, untuk diri aku, dan untuk semua. Ya, memang aku tidak sebaik mana. Tapi, aku cuba. Terserah kepada engkau untuk berkata apa. Kalau suka, baca. Kalau tak suka, pandanglah sepi sahaja. Tidak mengapa. :D



No comments:

Post a Comment