Sunday, December 2, 2012

Tidak Ada Bila-Bila.


Aku benci saat ini.
Bila celik mata
nampak kau di mana-mana.
Mahu saja aku jadi buta.

Aku benci saat ini.
Bila aku hela nafas, sentiasa
bau kau larut dalam udara.
Sesak aku rasa.

Biarlah rasa bermukim di dada.
Satu hari nanti akan terungkai juga.
Yang pasti bukan hari ini. Mungkin sahaja
esok atau lusa atau tidak mungkin ada bila-bila.

2 comments:

  1. mungkin nnti kau buta
    buta kau itu pastinya palsu.
    bila mana dia tiada.
    baru kau tahu
    sesak kau itu perasaannya dahulu.
    mungkin.

    nice poem. :) thousand like.

    ReplyDelete