Terjuih-juih mulut mengata
Cakap main sedap saja
Tapi kelat maksud kau bawa
Konon kau hebat main kata
Oh lupa
Sarkastik katanya
Eh saudara
Kerana mulut bisa badan binasa
Nista kata dibenci manusia
Eh sesak nafaslah bila kau bersuara
Bukan sebab jerebu selubung atmosfera
Ini fakta bukan auta
Biar mereka tak kata
Eh biarlah aku nak kata
Mulut aku peduli apa
Hiduplah kau dalam gua
Baru nyaman udara agaknya
Nampak apa semua tak kena
Kau saja yang betul semua
Ya emosi aku membara-bara
Terasa ambil semua.
Tuesday, June 25, 2013
Wednesday, April 17, 2013
Madu Beracun.
Penuh cela
Mana integriti kau semua?
Berkeladak
Kotor
Busuk
Provokasi berleluasa
menjadi makanan bersama-sama
Ekstremis di setiap pelosok dunia
Tanpa tahu menimbang baik buruknya
Propaganda apa kau perjuangkan?
Sembang kosong apa kau jaja penuh sakan?
Dasar pemanipulasi dunia!
Hanya tahu alirkan madu
Tanpa manis aslinya
Hanya tahu menabur kata ini itu
Kosong tanpa isi jua
Meracuni minda manusia
Hingga lupa erti hidup sejahtera
Hingga lupa erti adil saksama
Hingga lupa erti KITA
Apa kau semua nak jawab
dengan Tuhan di sana?
Ada jawapannya?
Moga-moga kau semua diberkati
Dia
Terasa?
Sila ambil semua.
Wednesday, March 13, 2013
Payah Nak Faham Cerita Ini.
Minda meliar dan menjalar
ke lubuk paling dalam
Membuahkan manik-manik air halus
yang tiada sedikitpun rasa masin
tapi penuh rasa kepahitan bangang
Lantas menambah kerunsingan bangsat
yang mendominasi hati
Kau tahu perasaan itu?
Perasaan celaka di mana
seakan segumpalan bulu biri-biri
tersekat di kerongkong
Ya cuba kau bayangkan dia
(dia itu syaitan, iblis dan yang sama waktu dengannya)
dengan penuh kesyaitanannya
menceroboh kerongkong
(kau bayangkan dia macam terowong)
Terowong gelap untuk kau simpan
ketulan batu-batu hitam
yang tidak mampu kau hadam
walau dicincang mata pisau tajam
yang bersalut bisa
Habis caca merba
Batu terpelanting sini sana
tapi tak pecah juga
Bodoh tak dia kau rasa?
Ke aku yang bodoh?
Ya aku tengah berkonversasi
dengan diri sendiri
Kau ada masalah?
ke lubuk paling dalam
Membuahkan manik-manik air halus
yang tiada sedikitpun rasa masin
tapi penuh rasa kepahitan bangang
Lantas menambah kerunsingan bangsat
yang mendominasi hati
Kau tahu perasaan itu?
Perasaan celaka di mana
seakan segumpalan bulu biri-biri
tersekat di kerongkong
Ya cuba kau bayangkan dia
(dia itu syaitan, iblis dan yang sama waktu dengannya)
dengan penuh kesyaitanannya
menceroboh kerongkong
(kau bayangkan dia macam terowong)
Terowong gelap untuk kau simpan
ketulan batu-batu hitam
yang tidak mampu kau hadam
walau dicincang mata pisau tajam
yang bersalut bisa
Habis caca merba
Batu terpelanting sini sana
tapi tak pecah juga
Bodoh tak dia kau rasa?
Ke aku yang bodoh?
Ya aku tengah berkonversasi
dengan diri sendiri
Kau ada masalah?
Thursday, March 7, 2013
Lemah.
Dalam sibuknya aku menyenaraikan setiap satu kekurangan kelemahan si Polan, kawan aku lalu bertanya,"Macam mana kau jatuhkan hukum atas kelemahan seseorang itu?". Dalam erti kata lain macam mana aku judge kelemahan si Polan ini. Sungguh aku terpukul dengan soalan itu. Makan dalam. Bagai terpijak paku karat hingga kancing gigi. Haha. Benar juga. Bagaimana ya? Tiada jawapan daripada mulut lancang aku kepada soalan itu tadi. Terdiam seribu bahasa. Lantas aku sedar diri. Kasar juga aku ini rupanya. Mungkin terbawa-bawa dengan emosi juga agaknya hingga tidak nampak rasionalnya aku buat begitu. Haa see? Itulah kelemahan aku. Terbawa-bawa dengan emosi hingga aku tak nampak kelemahan diri sendiri. Nampak orang lain punya sahaja. Kemudian baru aku tersedar. Iya lah, dah macam kena penampar Arab dengan soalan kawan aku tadi kan. Bila difikir-fikir semula, ya manusia itu lemah. Aku lemah. Dia lemah. Kau lemah. Bezanya terletak pada cara kau kawal kelemahan kau. Kau yang pilih jalan kau. Jangan sebab kau lemah, jadi kau nak tunjukkan kekuatan kau dengan menjatuhkan, menindas, menyakitkan hati orang lain. Trust me. You'll not gain any respect from others. Nak kuat? Tepuk dada tanya selera. Takat mana mampunya. Jangan sampai hati sendiri merana. Kalaupun kau kuat, janganlah pula buat endah tak endah perasaan orang lain. Apa kata kau salurkan kekuatan kau pada orang yang lemah, yang perlukan sokongan tulang empat kerat kau tu. Ya aku tahu. Easier said than done. Tapi apa salahnya mencuba. Belum cuba belum tahu, bukan begitu? Sebab kita manusia. Bukan Tuhan pemilik dunia. Ya, sekarang aku ingat, kawan. Terima kasih.
Note to self and others:
1. Jangan overthink bak kata orang putih. (I always do this! :O)
2. Jangan jadi macam kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak (ke buat-buat tak nampak).
3. Buang jauh-jauh negative vibes dan sedut segala positive vibes and spread them!
Note to self and others:
1. Jangan overthink bak kata orang putih. (I always do this! :O)
2. Jangan jadi macam kuman seberang laut nampak, gajah depan mata tak nampak (ke buat-buat tak nampak).
3. Buang jauh-jauh negative vibes dan sedut segala positive vibes and spread them!
Subscribe to:
Posts (Atom)