Biar kita kelam,
Tanpa warna-warni fantasi,
Senyap sunyi bersendiri,
Tanpa perlu bermimpi,
Tanpa perlu didustai lagi.
Monday, August 27, 2012
Friday, June 22, 2012
Siapa Diriku?
Siapa
Diriku?
Duduk kebingungan,
Mata meliar
ke kiri dan kanan,
Cuba mencari
jawapan,
Mencari kepastian,
Guna hati
dan akal fikiran,
Ah,
terbeban dengan persoalan,
Siapa diriku?
Tanya Si
Polan.
Lalu
teringat,
Kisah kewujudan
Adam,
Oh, ya!
Si Adam
terbaring disitu,
Yang ada
hanya sekujur Jasad yang kaku,
Dan melalui
hidung Roh itu lalu,
Memberi
nyawa kepada ciptaan Tuhan itu.
Jelaslah Jasad
itu,
Hanya terjangkau
di mata kasar,
Namun Roh
itu,
Adalah cahaya
yang menerangi,
Segenap ruang
kosong didalam Jasad.
Ramai mencari-cari,
Cuba mengenal
diri sendiri,
Pernahkah
kau cuba?
Membuka
hatimu,
Memahami cahaya
suci,
Di dalam
Jasad engkau itu?
Tidak!
Kau rela
memperjudikan Jasad engkau,
Mencelakan Roh
engkau,
Dengan perihal
dunia yang lagha.
Bukan itu
caranya,
Mengenal diri
yang sebenarnya.
Cubalah!
Lindungi cahaya
hatimu yang khalis,
Jaga jiwamu
dan Jasadmu dari cela dunia,
Sempurna
dalaman manusia itu,
Maka sempurnalah
luarannya juga,
Dan seterusnya,
Sempurnalah
juga taqwa,
Kepada Maha
Pencipta.
#notetoself
p/s: Apa yang aku tulis ni apa yang aku rasa pasal aku, untuk diri aku, dan untuk semua. Ya, memang aku tidak sebaik mana. Tapi, aku cuba. Terserah kepada engkau untuk berkata apa. Kalau suka, baca. Kalau tak suka, pandanglah sepi sahaja. Tidak mengapa. :D
Thursday, June 21, 2012
Kerana Aku Manusia
Kerana
Aku Manusia
Celik mata
lihat dunia,
Kau tepuk
dada,
Tanyalah selera.
Jangan kau
lupa,
Kau berada
di bumi yang nyata,
Bumi yang
hanya pinjaman sahaja,
Tuhan itu
pemilik mutlaknya.
Kenapa mesti
kau persoalkan juga?
Kau lupa?
Kau lupa
terjadinya kau dari apa?
Oleh siapa?
Dia yang
Maha Berkuasa!
Cuba kau
kira,
Berapa kerat
sahaja yang mempunyai jiwa?
Jiwa yang
berani mendengar kata hakiki.
Cuba kau
kira pula,
Jiwa yang
mendambakan pujian,
Ketakterhinggaan!
Lalu kata
kau semua,
Ah, kau juga
sama seperti yang kau carutkan di atas!
Ya, aku
juga sama,
Sama seperti
kau semua,
Kerana aku
juga manusia,
Selemah-lemah
manusia,
Bukan aku
nak mendabik dada,
Mencari nama,
Kerana aku
manusia,
Aku bersuara
juga,
Ibarat jam
loceng,
Untuk diri
sendiri dan semua,
Ya, kerana
aku manusia.
Wednesday, June 20, 2012
Si Badut itu.....
Si
Badut
Lihatlah
dunia!
Si Polan yang bertopengkan Badut.
Dicari
ketika duka, dibuang ketika suka.
Itulah
lumrah manusia bertopengkan badut.
Asalkan
org lain gembira, hati kita duka tak mengapa.
Namun,
lupakah mereka?
Si Badut
juga manusia.
Punya
jiwa dan raga.
Tapi
hatinya, siapa yang jaga?
Tiada.
Tiada!
Kata
mereka,
Si Badut
itu ceria sahaja!
Eh? Hanya
tahu melempar kata!
Pernahkah
mereka menyusuri.
Denai
gelap di segenap hatinya?
Ah!
Tidakkah
juga mereka tahu rasionalnya?
Bahawa
senyuman di bibir bisa dipalsukan sahaja,
Tetapi
hati didalam,
Bagaikan
bernanah berbisa.
Oh,
lihat!
Si Badut
itu berduka,
lihatlah
ke dalam matanya,
sisa air
mata yang tidak habis diseka,
masih terlihat
dibibir mata.
Namun,
Si Badut
meneruskan jua,
tugasnya
sebagai penghibur duka,
dengan
sisa air mata lara,
cuba
melupakan luluh hatinya.
Lalu,
Pulang Si
Badut duduk bersendiri,
cuba
memujuk hatinya sendiri,
bahawa akan
ada yg memahami,
menyelami
sudut gelap sunyi dirinya ini,
Si badut
lalu berkata,
Suatu hari
nanti, PASTI!
Akan ada
yang memahami,
segenap
ruang kosong hiba hati ini.
Subscribe to:
Posts (Atom)